Sunday, August 3, 2008

Alahai Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Bertemu lagi kita dalam ruangan blog bersama saya Wan Lee. Kali ini kita berbicara tentang isu berkenaan Pilihan Raya Kecil Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh. Pertama sekali kita perlu mengkaji topografi dan geografi di kawasan ini. Ia terletak di Seberang Perai Pulau Pinang dan merupakan salah satu kubu kuat bagi PKR(Parti Keadilan Rakyat) Untuk maklumat umum PErmatang Pauh merupakan kawasan majoritinya adalah berbangsa Melayu. Kawasan ini boleh dirujuk sebagai salah satu kawasan pertanian di Pulau Pinang. Ini kerana, hampir separuh dari kawasan ini diliputi sawah bendang yang telah diusahakan oleh para pesawah dan petani sejak bertahun lamanya lagi. Kerusi ini awalnya dipegang oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri sehingga Tahun 1998 iaitu tarikh beliau di kenakan tindakan atas alasan tuduhan rasuah sehingga menyebabkan beliau ditangkap dan dipenjarakan hampir 10 tahun lamanya. Akibat dari tindakan tersebut satu rusuhan dan gerakan reformasi di lakukan secara besar besaran di ibu negara. Setelah kejadian itu terjadi, kerusi tersebut tidak pernah sama sekali dimenangi oleh pihak kerajaan iaitu BN (Barisan Nasional) tahun yang dimaksudkan ialah 1999, 2004, dan 2008. 8 mac yang lalu menyaksikan bekas penyandang kerusi itu (DR. Wan Azizah) menang dengan majoriti undi iaitu hampir 13000. Kejayaan besar ini telah menutup dan mengambus peluang bagi calon BN untuk menyandang kerusi tersebut dimana pada PRU ke11 lalu pada tahun 2004 menyaksikan saingan sengit bagi calon BN dan PKR dengan PKR memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi sebanyak 540 undi berbanding calon BN Dato' Pirdaus. Kini, pertarungan yang lebih sengit bakal tiba apabila Dr. Wan Azizah telah membuka peluang bagi suaminya untuk bertanding bagi kerusi itu. Kepada semua pemilih di kawasan Permatang Pauh anda adalah satu-satunya yang berhak memilih siapa calon yang lebih baik. Sehingga hari ini saya masih belum mengetahui siapakah calon permata intan terpilih dari pihak BN. Selaku pengundi buatlah pilihan bijak demi kemajuan negara. Dalam hal ini, BN perlulah memilih calon yang benar-benar berkaliber dan apa yang paling penting ialah dia(calon BN) wajib anak watan kerana beliau bakal bertemu jaguh anak watan(yang merupakan orang no 2 dalam kerajaan) Jika calon BN menang bagi kawasan ini maka, kerajaan sekarang iaitu BN sedikit bertambah kuat. Kepada semua ahli atau pengundi BN teruskan memberi sokongan dengan memangkah calon anda. Manakala bagi semua calon PR inilah masanya anda untuk memilih jagoan anda. Yang pasti jika calon PR ini ditolak di kawasan permatang pauh nescaya impian Jagoan anda untuk ke PUtrajaya mungkin terbantut atau lebih dahsyat lagi terkubur. Nasihat saya kepada semua PR perlu bersatu padu dan hentikan segera pertelingkahan jika mahu menang. Walhal bagi BN pula teruskan agenda yang lebih mengagumkan untuk rakyat agar BN terus relevan bagi Malaysia. Pastikan slogan UMNO (Dulu, Kini, Selamanya) terus terpahat dalam dalam di hati rakyat Malaysia. HIdup MALAYSIA HIDUP Negara buat selama lamanya.......................

Tuesday, July 1, 2008

Dato' Seri Anwar dan Mohd Saiful

Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.... kita bertemu dalam isu yang terbaru....
Isu kes liwat Dato' Seri Anwar dan Mohd Saiful kita sebagai rakyat MAlaysia janganlah mudah melatah dalam isu ini. Kita mungkin bukan seorang pengamal undang-undang atau kita mungkin kurang arif dalam bidang ini. Selaku rakyat biasa kita perlulah sabar menunggu akan keputusan dan jawapan dari polis. tak perlu kita menghakimi atau mengadili isu ini. kita tak punya hak sama sekali. Biarlah polis dengan siasatannya. Saya yakin polis kita mampu menongkah arus ini dengan jayanya. Hidup Malaysia hidup negara kita. Ameeeeeeeeeen

Monday, March 24, 2008

Malaysia hari ini

salam Malaysia kepada semua.........
MOga kita terus dapat hidup dalam negara yang aman dan selamat dan dipayungi oleh Yang Di Pertuan Agong...Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah hidup bersatu padu dan salaing bantu membantu sesama lain demi menjamin keharmonian negara terus dipelihara...marilah kita panjatkan doa agar Malaysia terus dilindungi oleh Allah....